Diantara kaedah pembekaman adalah seperti berikut:
- Bekam Luncur
- Bekam Angin
- Bekam Api
- Bekam Tarik
- Bekam Darah / Basah
BEKAM LUNCUR
Bekam luncur merupakan kaedah pembekaman yang memerlukan perawat menolak dan menarik cup bekam diatas badan. Tatakerja yang betul adalah dengan menitik dan menyapu minyak zaitun diatas kulit serta diratakan. Kemudian, perawat perlu mengurut titik-titik bekam dibahagian belakang badan atau dibahagian yang mahu dibekam beberapa kali.
Seterusnya, sebiji cup bekam diambil dan dipam sedikit diatas kulit dan ditolak sepanjang titik-titik bekam atau bahagian yang mahu dibekam beberapa kali sehingga permukaan kulit menghasilkan kesan kemerah-merahan. Bekam luncur boleh dilakukan samada menggunakan cup bekam plastik atau cup kaca (menggunakan kaedah bekam api).
Kaedah bekam luncur ini juga menyamai teknik gosokan atau teknik Guasa dimana kayu Guasa digunakan bagi tujuan yang sama. Penggunaan Kayu Guasa dalam amalan bekam luncur ini dapat membantu perawat bagi mengenalpasti daerah kritikal dipermukaan kulit yang perlu dibekam. Kaedah ini diyakini dapat memberikan stimulasi kepada urat saraf dibahagian belakang badan dan juga dapat membantu mengeluarkan angin dari dalam badan.
Tempoh masa bagi melakukan bekam luncur adalah sekitar 5-10 minit. Dalam tempoh ini, pori-pori kulit akan mula terbuka akibat disedut. Maka, kulit sudah bersedia untuk mengeluarkan darah. Adalah dilarang untuk membiarkan up bekam disuatu bahagian melebihi 5 minit kerana akan menimbulkan kesan Hipoksia yang mengakibatkan kulit kekurangan oksigen.
BEKAM ANGIN
Setelah perawat melakukan bekam luncur, maka perawat boleh mula meletakkan cup bekam dititik-titik organ dibahagian belakang. Setiap cup bekam boleh dipam sebanyak 3 kali maksimum diperingkat permulaan bagi mengumpulkan darah dibawah cup dan mengeluarkan angin.
Perawat seharusnya bertanyakan kepada pesakit apakah boleh ditambah tekanan cup bekam atau tidak. Hal ini demikian bagi mengelakkan pesakit merasa terlalu sakit sepanjang pembekaman dilakukan. Kedua, dilarang mengepam cup berlebihan kerana dikhuatiri kulit melepuh atau dikenali sebagai blister. Ketiga, mengepam cup bekam berlebihan mungkin menghasilkan hyperpigmentation iaitu suatu kesan bekam yang kekal dipermukaan kulit.
BEKAM API
Bekam api merupakan alternatif lain yang boleh dilakukan keatas kulit pesakit yang ingin dibekam. Tujuan bekam api dilakukan adalah untuk mengeluarkan unsur sejuk dari dalam badan atau organ-organ bermasalah dan untuk menyeimbangkan semula unsur Yin dan Yang untuk tubuh badan pesakit.
sebagai contoh, pesakit yang sesuai menggunakan kaedah bekam api ini adalah mereka yang alah kepada keadaan sejuk seperti berada dalam kawasan penghawa dingin, mudah selesema atau bersin selepas mandi pagi dan sebagainya.
Bekam api boleh dilakukan samada menggunakan objek seperti gelas kaca atau cup bekam api yang khas direka bagi tujuan ini. Cara melakukan bekam api adalah dengan menyalakan api dan dimasukkan kedalam ruang gelas kaca atau cup bekam api bagi mengeluarkan udara didalamnya dan juga untuk menghasilkan ruang vakum. Dengan kadar segera, cup bekam tersebut perlu diletakkan diatas tubuh badan pesakit bagi mengekalkan keadaan vakum supaya kulit boleh disedut.
Seterusnya, biarkan cup bekam ini diatas permukaan kulit dalam tempoh kira-kira 5 minit, kemudian dicabut perlahan-lahan.
Kaedah bekam api boleh diulang-ulang sehingga 5 kali untuk mendapatkan kesan maksimum. Biasanya, pesakit akan mulai rasa perubahan pada badan semasa kaedah bekam api ini sedang dijalankan.
Bekam Tarik
Bekam tarik merupakan suatu kaedah pembekaman yang mudah. Cup bekam boleh dipam kira-kira separuh dari tarikan biasa, seterusnya perawat menarik cup bekam tersebut dari permukaan kulit badan pesakit. Kaedah ini diulang-ulang sehingga sakit dikawasan tertentu dibahgian badan mulai hilang.
Biasanya, kaedah ini diaplikasikan dibahagian dahi pesakit yang mengalami migrain.
Bekam Darah/Basah
Kaedah bekam darah atau bekam basah merupakan suatu kaedah pembekaman yang terrtinggi diantara kaedah bekam yang lain. Hal ini kerana bekam darah atau bekam basah mampu mengeluarkan angin, darah dan meredahkan ketegangan otot dalam satu sesi pembekaman.
Kaedah bekam ini memerlukan permukaan kulit menjalani proses pertama iaitu bekam angin terlebih dahulu kira-kira 5 minit. Didalam tempoh ini, bekam angin akan mengeluarkan wap atau unsur panas dari dalam badan pesakit. Buktinya apabila dinding cup bekam kelihatan berwap atau berair dalam masa 5 minit tersebut. Kaedah bekam angin ini juga menghasilkan keadaan hipoksia atau keadaan kulit kekurangan oksigen. Maka, deria rasa pada permukaan kulit tersebut turut berkurangan untuk sementara waktu.
Selepas berlalu 5 minit pertama, proses kedua adalah menanggalkan cup bekam dengan menarik picunya. Kawasan bekam boleh disapu dengan sejenis cecair dari unsur alkohol (70%) bagi membasmi kuman sebelum jarum bekam ditusuk.
Proses ketiga, jarum bekam pakai buang(lancet) digunakan bagi menusuk kawasan bekam tadi, Kebiasaanya kedalaman tusukan sekitar 3mm saja iaitu cukup untuk menghasilkan luka kecil dipermukaan kulit atau dubahagian Dermis. Pen bekam( pen lancet) yang terdapat dipasaran biasanya boleh dilaras bagi mengawal kedalaman tusukan jarum lancet tadi. Tusukan dilakukan beberapa kali keatas kawasan bekam samada dalam keadaan pen tegak atau pen serong. Kemudian cup bekam dipam semula bagi mengeluarkan darah bertoksin.
Proses keempat, biarkan darah bertoksin ini berkumpul dan membeku didalam cup bekam yang tervakum untuk tempoh kira-kira 5 minit juga. Dalam tempoh ini juga, selain mengeluarkan darah bertoksin, bekam darah masih lagi mengeluarkan unsur panas atau wap dari badan pesakit.
Proses keempat, cup bekam yang berisi darah bekam tadi boleh dibuka. Pastikan tisu atau kain gaus digunakan bagi mengelakkan darah tertumpah kekawasan lain. Bersihkan cup bekam dan permukaan kulit yang dibiekam, dan ulangi proses keempat untuk 2 atau 3 kali lagi sehingga permukaan kulit tidak lagi mengeluarkan darah toksin.
Akhir sekali, permukaan kulit yang dibekam boleh disapu dengan cecair antiseptik seperti minyak Zaitun untuk memberikan kelembapan dan mengelakkan pembiakan kuman.
Jarum lancet dan tisu terpakai hanya digunakan SEKALI SAHAJA bagi setiap sesi pembekaman. Hal ini bagi mengelakkan kuman atau bakteria tersebar kepada pesakit yang lain.