Selasa, 28 Ogos 2018

Kelebihan Berbekam Menurut Islam

Terlalu banyak kelebihan berbekam yang akan diperoleh oleh pasien seandainya mereka menjalani terapi bekam. Kelebihan-kelebihan ini disokong oleh beberapa dalil seperti berikut:


Dalil 1:
Said bin Jubir  berkata dari Ibn Abbas r.a bahwa Rasulullah saw bersabda:
"Kesembuhan dapat diperoleh dengan tiga cara: pertama dengan meminum madu (dengan obat herbal), kedua dengan berbekam/hijamah, dan ketiga dengan (terapi) besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku untuk melakukan pengobatan dengan besi panas." (HR. Bukhori)

Dalil 2:
Bekam sangat dianjurkan oleh penduduk langit, sebagaimana sabda Rasulullah saw:
"Tidaklah aku melewati sekumpulan malaikat pada malam aku di-Isra'kan, melainkan mereka (para malaikat) semua mengatakan kepadaku: "Hai Muhammad, Engkau harus berbekam." (HR.Tirmidzi)


Maka selaku umat nabi Muhammas SAW, kita disunatkan untuk berbekam bagi mendapatkan beberapa keistimewaan seperti berkikut:

1. Berbekam memperbaiki kualiti aliran darah didalam pembuluh darah.

2. Berbekam  menghilangkan kekejangan dan luka dalaman otot badan.

4. Berbekam memperbaiki komposisi darah dan meningkatkan aktiviti saraf tulang belakang.

5. Berbekam membantu mengatasi gangguan tekanan darah dan arteriosclerosis ( pengerasan pembuluh darah yang boleh menyempitkan saluran darah ).

6. Berbekam mengatasi penyakit kemalasan, banyak tidur dan kelesuan.

7. Berbekam mengatasi masalah keracunan. Contohnya gigitan serangga atau haiwan berbisa melalui kaedah bekam mampu menghalang bisa masuk ke jantung. Rawatan awal ini boleh dibuat sementara mendapatkan rawatan antidot dari pusat kesihatan atau hospital.

8. Berbekam bermanfaat ketika mengalami pening, luka dalaman dibahagian kepala dan wajah , migrain dan sakit gigi.

9. Berbekam bermanfaat ketika mengalami pelbagai jenis penyakit mata seperti rabun.

10. Berbekam mengatasi sakit sakit bahu, dada dan punggung.

11. Berbekam membuang anasir gangguan makhluk halus melalui pengaliran darah.

12. Berbekam bermanfaat mengatasi pericarditis ( radang selaput jantung/pericardium ) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.

13. Berbekam ketika terkena sengal, sciatica (rasa sakit, sengal dipinggang) dan tulang sekitar belakang dan pinggang serta papan punggung.

14. Berbekam bermanfaat mengatasi luka – luka, bisul, jerawat dan gatal – gatal kulit.

15. Berbekam membantu membuang angin dalam badan, melegakan pernafasan dan melancarkan sistem perkumuhan.

16. Berbekam membantu memecahkan lemak, peluh dan melegakan demam, membantu memulihkan ketegangan urat leher, belikat, pinggang dan urat sendi di kaki.

17. Berbekam membantu mencegah kebas kaki dan membantu mengurangkan risiko serangan angin ahmar.

18. Berbekam mengeluarkan darah toksik dan melancarkan peredaran darah yang tidak lancar.

19. Berbekam mampu menghilangkan stress dan tekanan.

20. Menggalakkan metabolisma badan kerana sel darah kotor telah keluar dan sel darah baru yang sihat akan terhasil

21. In shaa Allah mendapat pahala dan keberkatan kerana melaksanakan sunnah Nabi SAW


Sudah pasti, terdapat beberapa kaedah pembekaman yang dilakukan keatas pesakit bagi merawat dan menyembuh. Semoga pembekaman dapat membantu menjaga kesihatan kita disamping mendapat pahala seperti yang dijanjikan-Nya, in shaa Allah.








Anda Nak BERHENTI MEROKOK?